ruang iklan A

Monday, February 15, 2016

PANAS FAKTA: ORANG GAJI MILIK VILLA SETELAH BEKERJA 10 TAHUN DI ARAB

Riyadh: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menjadi pemilik sebuah vila besar hasil daripada gajinya SR1,000 (RM1,200) sebulan yang dikumpul sepanjang 10 tahun dia bekerja. Media tempatan semalam menyiarkan gambar vila itu yang dirakam Mohammed Azuz, bekas majikan pembantu rumah yang namanya tidak disiarkan itu. “Inilah gambar vila yang dimiliki oleh bekas pembantu rumah saya di Arab Saudi.



“Dia sudah bekerja dengan saya sejak 10 tahun lalu dan saya bersumpah dia begitu jujur dan tidak pernah mencuri,” kata Mohammed Azuz, merujuk kepada gambar vila yang disiarkan di laman sosial itu. Dia bagaimanapun tidak menyebut di mana vila itu.
Menurut akhbar Saudi, ramai rakyat negara itu terkejut dengan rumah yang dimiliki pembantu rumah berkenaan dengan berkata, ribuan golongan Saudi masih tidak memiliki rumah walaupun mereka meraih pendapatan lebih tinggi berbanding wanita itu. - Agensi

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment