Abuja (Nigeria): Seorang kanak-kanak ditemui bogel dan kebuluran di jalanan selepas dituduh ahli sihir oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan pekerja bantuan kemanusiaan.
Gambar dimuat naik ke Facebook menunjukkan kanak-kanak itu yang kurus kering dan dinamakan Hope diberi minum air oleh pekerja kemanusiaan.
“Ribuan kanak-kanak dituduh ahli sihir dan kami melihat ramai budak diseksa, mati atau ketakutan.“Saya berkongsi gambar ini untuk menunjukkan perjuangan saya, kenapa saya sanggup menjual semua harta dan berpindah ke tempat yang jauh terpencil.”Katanya, Hope kini beransur pulih“Si kecil ini amat tabah. Melihatnya bermain dengan anak saya sendiri menjadi antara pengalaman paling mengagumkan bagi saya,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment