ruang iklan A

Monday, February 15, 2016

PANAS VIRAL: POLIS AKAN SIASAT KES "RASUAH" TRAFIK JALAN BANDAR

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar arah Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menyiasat tohmahan yang dilakukan oleh pemilik akaun Twitter @timothydavid5, petang tadi.
Pemilik akaun Twitter itu mendakwa bahawa wanita yang menjaga kaunter saman di Balai Trafik Jalan Tun H S Lee meminta dia memberi rasuah untuk menyelesaikan saman miliknya.
Menerusi akaun Twitternya, Khalid meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil pemilik akaun berkenaan untuk bantu siasatan kerana memuat naik status berkenaan.
"PCIRC @PDRMsia panggil lah @timothydavid5 di bawah untuk bantu siasatan kita ekoran tohmahannya," katanya menerusi akaun Twitternya.



No comments:

Post a Comment