ruang iklan A

Thursday, February 11, 2016

PANAS VIRAL: ABDUL RANI KULUP TAK PUAS HATI DENGAN KEMASUKAN BANGLA KE MALAYSIA!

Facebook : Sebuah NGO pekerja kecil dan sederhana (IKS) mengugut untuk mengadakan protes di depan kedutaan Bangladesh di ibu negara jika kemasukan 1.5 juta pekerja negara itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd RidzuanAbdullah berkata langkah itu akan diambil jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap meneruskan usaha membawa masuk pekerja asing itu.“Pihak kita akan mengadakan protes di kedutaan Bangladesh bagi membantah langkah kerajaan yang ingin membawa pekerja-pekerja asing warga Bangladesh ini ke Malaysia.“Tapi buat masa sekarang kita beri masa sebulan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini,” katanya dalam sidang media di Kota Damansara dekat Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.


Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.Sementara itu,.Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina kelmarin dilapor meluluskan memorandum persefahaman, yang dijangka ditandatangani dengan Malaysia dalam tempoh sebulan.

Setiausaha kabinet negara itu Mohammad Shafiul Alam berkatapekerja-pekerja Bangladesh yangakan dihantar tidak lagi terhad untuk sektor perladangan, tetapi juga untuk memenuhi permintaan sektor perkhidmatan, pengilangan dan pembinaan.Malaysia kini menjadi pasaran terbesar tenaga kerja Bangladesh.

Kira-kira 600,000 warga negara itu kini sedang berkhidmat di negara ini.Sementara itu, Mohd Ridzuan mempersoalkan langkah untuk membawa jumlah besar pendatang asing itu ketika kerajaan sebelum ini melaksanakan pemutihan pekerjaharam.“Kita lihat isu ini makin lama makin kronik dan akan merosakkan negara kita,” katanya.

“IKHLAS hari ini bagi peringatan jangan satu peringkat rakyat bangkit. Rata-rata rakyat memang tak setuju pengambilan warga asing ini khususnya wargaBangladesh.”

No comments:

Post a Comment