ruang iklan A

Thursday, February 18, 2016

PANAS VIRAL: USAHA BAIK ANGGOTA JPJ CAWANGAN BATU UBAN, PULAU PINANG MENDAPAT PUJIAN !

Penang - Pagi tadi, penulis telah membawa kawan dia Puan Chuang (kurang upaya pergerakan) ke JPJ Batu Uban Pulau Pinang untuk urusan menukar nama pemilik kereta. Atas bantuan daripada Mr. Chiam Wooi Chiam (Wakil Syarikat Plus Trading & Agensi) dan pegawai di kaunter JPJ, kes mereka dirujuk kepada Officer. Cik Suhaidah (tak pasti pangkat) turut mengambil alih kes kami. Beliau memberi keinzinan untuk mereka memandu kereta mereka ke hadapan lobi. 

Tidak sampai 5 minit, Cik Suhaidah telah datang sendiri untuk melayani Puan Chuang dengan begitu Mesra dan bersabar (beliau squat sambil mengambil cap ibu jari Puan Chuang dengan percubaan banyak kali). Seluruh process hanya mengambil masa tidak melebihii 20 minit. Dengan keizinan Cik, penulis telah mengambil foto dan post di Facebook. Kualiti servis yang baik ini haruslah dipuji dan diamalkan di semua jabatan-jabatan kerajaan. Sebelum balik, pegawai di kaunter memberi kami 2 no talifon 046564131 / 046564151 JPJ ~ sesiapa yang OKU yang ingin mejalani penukaran nama atau sebarang pengurusan JPJ boleh minta pertolongan daripada bahagian Mobil supaya pegawai-pegawai boleh pergi ke tempat kediamannya untuk pengurusan tersebut.

Sekali lagi, taniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Batu Uban, Pulau Pinang.

Kredit: 林唐欣 https://goo.gl/vdo1RA


No comments:

Post a Comment