ruang iklan A

Tuesday, March 29, 2016

PANAS BERITA: TEKSI DEMO KERA UBER PUNYA PASAL DI IBU KOTA!!

Kuala Lumpur: Satu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 pemandu teksi untuk membantah ketiadaan tindakan kerajaan terhadap perkhidmatan perkongsian kenderaan digagalkan dengan tindakan polis menahan sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan.


Polis sebelum itu memberi kata dua kepada pemandu teksi berkenaan supaya bersurai sebelum jam 12 tengah hari dan bertindak menangkap mereka selepas tempoh itu berakhir.


Demonstrasi bermula pada jam 10 pagi, dengan pemandu teksi berhimpun di sepanjang Jalan Bukit Bintang, berhampiran dengan Pavillion Mall sambil meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.
Kumpulan itu amat tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar serta menuntut beliau dipecat.


Polis trafik kemudiannya bertindak balas dengan menyekat jalan-jalan di sekitar kawasan itu untuk menghalang lebih banyak teksi daripada memasuki kawasan tunjuk perasaan


No comments:

Post a Comment